Seperti dilaporkan di Blog Faqar
Thursday, 10 October 2013
PAC panggil tiga pegawai bantu audit
TiGA pegawai Kerajaan Negeri dipanggil untuk memberi keterangan kepada
Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) bagi membantu siasatan mengenai
kelemahan sistem e-tanah dalam satu projek Kerajaan Persekutuan
membabitkan kelima-lima daerah di negeri ini yang bernilai RM66 juta
sebagaimana yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Pengerusi PAC, Wong Hon Wai berkata, mereka, Pengarah Tanah dan Galian
Negeri, Datuk Arifin Awang, Rohani Hassan (Pegawai Daerah Seberang Perai
Utara dan Selatan) dan seorang lagi yang dikenali sebagai ‘Shadah
Nawawi’.
Beberapa individu lain, katanya, akan dipanggil kemudian dalam masa terdekat untuk memperbaki kelemahan yang sedia ada.
“Berpandukan mandat dari Dewan Undangan Negeri (DUN), PAC akan
dipertugaskan untuk memeriksa akaun Kerajaan Negeri, badan-badan
statutori, anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri dan lain-lain perkara
yang dirujuk oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini,” ujarnya selepas
mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di DUN Pulau Pinang, George Town
baru-baru ini.
Ahli Jawatankuasa lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang
Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man, Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Yap
Soo Huey (ADUN Pulau Tikus), Datuk Mahmud Zakaria (ADUN Sungai Acheh),
Datuk Roslan Saidin (ADUN Pinang Tunggal), Sr. Muhamad Farid Saad (ADUN
Pulau Betong) turut menyertai mesyuarat tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 antara lain mendedahkan mengenai
kesilapan sistem e-Tanah di mana daripada sembilan modul sistem ini,
hanya empat beroperasi sepenuhnya, manakala, lima yang lain tidak
beroperasi serta tidak memenuhi keperluan jabatan.
Jabatan Audit Negara dilaporkan menyebut, pihaknya mendapati bahawa pelaksanaan keseluruhan adalah kurang memuaskan.
Itu, antaranya, merujuk pada satu projek persekutuan bernilai RM66 juta
yang akan melibatkan kesemua lima daerah dan pejabat tanah.
No comments:
Post a Comment